ALUAN


PENASIHAT PUSPAME
PN HJH MAHSURI BINTI ISMAIL

Asslamualaikum wbr.

Bersyukur ke hadrat Allah swt dan rakaman jutaan terima kasih kepada seluruh AJK Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang (PUSPAME) kerana telah berjaya membina laman sesawang PUSPAME. Dengan wujudnya laman ini, banyak info-info yang boleh didedahkan dalam rangka mempromosikan bahan-bahan, perancangan dan aktiviti serta kemudahan yang ada di PUSPAME kepada seluruh warga SKPM khasnya dan kepada publik umumnya. Melalui laman blog ini juga umum dapat mengetahui tentang aktiviti-aktiviti yang telah, sedang dan akan dilaksanakan, tertutama yang berkaitan dengan PSS. Umum juga boleh mendapatkan senarai buku-buku yang baru diterima atau dibekalkan kepada PUSPAME untuk pembacaan dan pinjaman.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua AJK PUSPAME terutama kepada Guru Perpustakaan Media GPM yang telah bertungkus lumus menyiapakan dan memastikan PUSPAME dapat beroperasi dengan baik dan cemerlang.
Sekian, terima kasih.